Monday, May 30, 2016

Ramadhan Berlalu Pergi

Assalamualailum,

Benarlah kata2 dari Syeikh Haidar - Ulama Fatwa Yaman yang sering dijemput Tuan Haji Waharp (Telaga Biru) setiap kali Ramadhan utk berkongsi ilmu dan menerima nasihat dan tunjuk ajar dalam menghidupka diri beragama. Tahun ini juga tidak terkecuali.

"Rugi lah manusia itu apabila Ramdhan menjadi asing pada dirinya, umpama seorang lelaki yang hadir dalam suatu majlis, yang tidak kita kenali akan peribadinya, kemuliannya, sesudah majlis dia bangun berlalu pergi tanpa kita merasa rugi atau kekesalan kerana tidak mengambil kesempatan mengenalinya.
Sebaliknya, kita akan tertunggu-tunggu kehadirannya, ketibaannya kita sambut dengan gembira, di sepanjang majlis kita memuliakannya dan melayannya, dan apabila di bangkit untuk pergi kita merasa hiba dan kerinduan untuk bertemu lagi. - Begitulah Ramadhan."

Kata-kata hikmah ini di petik dan disampaikan bukan dari Syeikh Haidar sahaja. Ia menjadi pesanan dan peringatan yang halus seiring setiap kali kemunculan bulan Ramadhan. Ramai lagi tokoh agama yang terkenal sering berpesan-pesan agar kita manusia tidak alpa dan leka. Namun, persoalannya siapa merasai debaran kemulian ini, siapa pula yang menangisi pemergiannya. Siapa pula yang menghitung jari mengira tibanya malam Lailatul Qadr, siapa pula umpama kata Ustaz Amly Asenar (kolumnis Majalah Gen-Q) lebih asyik mencari malam Lailatul-Kamdar (jualan Murah).

Beruntung lah mereka yang bekorban diri untuk kasih sayang Allah, 'Iktiqaf seawal 1 Ramadhan di rumah-rumah Nya. Masakan mereka ini terlepas malam Laylatul Qadr. Tak perlu pening kepala berkira-kira. Aku cemburu juga dengan kenalan-kenala yang sudah pencen, mampu mengabdikan diri sewajarnya, menjejak sunnah mendamba keredhaan Allah. Semoga Allah panjang umurku, berkati umurku 'menetapkan aku di jalan yang lurus, sebagaimana insan yang terdahulu yang mendapat nikmat dan petunjuk, dan bukan sebagaimana yang tersesat dan terlepas rahmat dari tuhan mereka' - Amin.

Cukup sudah kealpaan hidup yang lalu, Syawal pastinya sebulan, namun meraikan kemenangan cukup lah sekadar sehari. Binalah ukhwah islamiah sewajarnya melalui tuntutan syariah dan sunnah, jangan di cemari dengan pergaulan tiada batas, mahram kah tidak, aurat di dedah tanpa segan, ketawa hilai menghilang malu dan iman. Terkorban sudah amal ibadat sebulan, sehari menjadi musnah. Berpesan pada diri agar jati diri Islam diperkukuhkan, terpahat dalam sanubari, memperjuangkan akidah, kalahkan nafsu. Adat biarlah menjadi kenangan, kecemerlangan imanlah menjadi bekal dibawa menghadap Tuhan, InsyaAllah...

... Ramadhan 3 tahun yang lalu.... (2013)

[IMG]http://i526.photobucket.com/albums/cc346/verbeart/Design/WishDoaflat.jpg[/IMG]

CountDown Ramadhan 1437 (2016)

Saye mengucapakan selamat menyambut ketibaan Ramadhan 1437 hijrah (2016 Masihi). Bermaaf-maafan lah sesama kita, semoga Allah SWT Redha ke atas kita, dan mengampunkan dosa-dosa kita, InsyaAllh... amin.

p/s: Ejaan rasmi DBP bagi 'Ramadhan' = Ramadan. Tak sedap. Jadi, awok gune-pake care 'Jawi'